Sunday, 22 September 2013

Bukan aku, bukan sekarang.

Aku perempuan,
yang tidak punya apa-apa,
selain harapan dan impian,
aku perempuan,
yang teramat biasa,
tidak seanggun mahupun secantik bidadari,
dan punya hati yang semestinya,
tidak seputih salji.
Aku adalah aku,
yang mengharap dimana jua kau berada,
bahawa aku lah bidadarimu.
Aku perempuan biasa,
yang hatinya pernah calar,
namun tidak pernah berhenti berdegup dengan izin-Nya,
aneh.
kadangkala terasa terhenti seketika dengan kehadiranmu.
sedarkah kau?
pertemuan kita singkat,
kehadiranku akan kau lupakan.
biarlah secebis kebahagiaan kini ku hirup dalam kesenyapan,
jika dibiar kembang mungkin tak kesampaian.
kerana aku sedar,
ketika ini bukan aku yang kau pandang,
cuma segenap hatiku mengharapkan ianya cuma,
bukan sekarang.

No comments:

Post a Comment