Kami berempat, aku pertama.
Terkadang aku menyumpah tempat pertama.
Yang pertama dicari sebaik sahaja yang kecil membuat silap.
Kadangkala memang silap ku,
Tetapi selalunya, kenapa aku?
Aku sering yang pertama,
Pertama buat silap,
Pertama yang gagal.
Namun buat pertama kalinya,
Aku sedar,
Yang kedua selepasku,
Walaupun dia begitu serba boleh apabila ketiadaanku,
Sesungguhnya tetap punya kelemahan apa yang cuma boleh diisi bila aku ada,
Jika yang ketiga,
Aku sering marahkannya,
Namun maaf adikku,
Penyelesaian untukmu,
Seperti kiub rubik yang masih kami gagal selesaikan,
Buat yang ke empat,
Kau paling licik,
Terkadang marahku tidak sepadan dengan usia mu,
namun pabila reda kau hampir,
Meminta dilayani.
Malamku tidak akan lengkap,
Tanpa kau meminta ku menemani mu tidur.
Tika ini aku sedar,
Rupanya aku masih diperlukan,
Rupanya aku masih lagi yang sulung,
Dan mereka masih lagi adik kecilku,
Sebesar mana pun mereka.
Rupanya aku masih yang pertama. Seperti yang sepatutnya.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment